HIMPUNAN CERITA KANAK-KANAK

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU
Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan mengambil angin pagi di rimba. Tiba-tiba datang Sang Arnab yang memang terkenal antara binatang yang pantas di rimba itu.
"Eh, Kura-kura, ada kau di sini, mahu ke mana kau?", kata Sang Arnab membuka bicara.
"Ya, Arnab, aku tak ke mana-mana saja berjalan-jalan", jawab Sang Kura-kura.
"Kura-kura-Kura-kura, kasihan aku tengok kau ni, jalan pun lambat, bila kau mahu tiba ke destinasi", ejek Sang Arnab yang memang dikenali suka mengejek yang lemah.
"Tak apalah Sang Arnab, dah dijadikan aku begini, aku redha", kata Sang Kura-kura sambil terus berjalan meninggalkan Sang Arnab tadi.
Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana Sang Kura-kura sepertinya tidak terkesan akan sindirannya tadi. Lantas dia mengemukakan satu cabaran kepada Sang Kura-kura dengan niat mahu mengenakan dan memalukannya.
"Apa kata kalau kita berlumba Kura-kura, saja aku mahu bersaing dengan kau",
"Tidak apalah Arnab", jawab Sang Kura-kura ringkas.
"Tak kira Kura-kura kau mesti berlumba dengan aku juga besok, aku tunggu dekat tebing sungai sana", kata Sang Arnab tidak mempedulikan kata-kata Sang Kura-kura.
Keesokkan harinya, seluruh rimba datang untuk menyaksikan perlumbaan antara Sang Arnab dan Sang Kura-kura itu. Dengan Sang Kancil menjadi pengadilnya, perlumbaan yang dijadualkan bermula dari tebing sungai, menelilingi rimba dan tamat di tebing sungai kembali, perlumbaan itu dimulakan di tengah-tengah hiruk pikuk penyokong kedua-dua peserta.
Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh meninggalkan Sang Kura-kura. Sedang Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan melepasi garisan mula.
Setelah beberapa ketika Sang Arnab berhenti di bawah sebatang pokok. Lalu dia memerhatikan kalau-kalau ada kelibat sang Kura-kura di belakangnya.
"Ah, pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura, garisan tamat pun dah dekat, mengantuk pula aku, baik aku tidur sekejap, bila aku terjaga nanti Kura-kura pasti belum memotong aku", fikir Sang Arnab.
Dengan rasa mengantuknya, Sang Arnab pun tidur di bawah pokok tersebut.
Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di pokok tempat Sang Arnab sedang tidur. Dengan tidak mempedulikan Sang Arnab, Sang Kura-kura terus berjalan menuju garisan penamat.
Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terjaga dari tidurnya. Dengan tergesa-gesa dia berlari menuju garisan penamat.
"Ish, lama pula aku tidur, entah-entah Sang Kura-kura sudah memotong aku", getusnya sendiri.
Sesampainya Sang Arnab di garisan penamat kelihatanlah Sang Kura-kura menerima ucapan tahniah dari binatang-binatang rimba yang lain kerana memenangi perlumbaan itu. Dengan rasa malunya Sang Arnab beredar pantas dari situ kerana tewas kepada Sang Kura-kura sambil diketawakan para penghuni rimba
SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.
RUBAH DAN KELDAI


Telah diceritakan pada suatu masa dahulu, di satu tempat yang jauh terdapat seekor Rubah yang tinggal di tepi sungai.
Hampir setiap minggu Rubah akan berjalan merentasi sungai, merentasi jambatan yang panjang untuk pergi mendapatkan sebuah Apple yang letaknya di atas sebuah bukit yang tinggi. Perjalanan untuk menaiki bukit itu bukanlah satu perjalanan yang mudah, perjalanan yang memerlukan keazaman yang tinggi, merentasi banyak halangan yang berliku. Perjalanan yang memerlukan persediaan, bekalan untuk melalui perjalanan yang panjang.
Tanpa disedari, hampir setiap minggu seekor rusa akan melihat gelagat Sang Rubah. Pada mulanya Sang Rusa hanya mengabaikan sahaja Rubah, tetapi kerana hamper setiap minggu akan muncul juga Rubah maka gelagat Rubah telah menarik perhatian Rusa. Setelah disiasat, Rusa mendapati yang tujuan Rubah memanjat bukit itu adalah untuk mendapatkan sebiji Apple yang letaknya di atas sebuah bukit.
“Ini rupanya kerja Rubah, tujuannya untuk memetik Apple yang terdapat tinggi di atas sebuah bukit, aku pun nak rasalah” Rusa bermonolog sendirian.
Keinginan Rusa yang kuat mendorong Rusa memanjat bukit untuk memakan Apple dari pokok yang sama. Perjalanan Rusa tidak mudah kerana terpaksa melalui halangan, merentas arus sungai yang deras, melalui jambatan gantung untuk pergi ke pokok yang dituju, setelah penat merentas hutan, tibalah Rusa ke bawah pokok Apple tersebut. Sebaik sahaja Rusa mahu mengambil Apple tersebut, didapati ketinggiannya tidak mencukupi untuk mengambil Apple itu, Rusa mencuba dan terus mencuba dan akhirnya berputus asa kerana penat.
“Buat penat sahaja aku datang sini, dah ia tak dapat makan Apple, nak ke sini pun susah, aku pun bukan tau panjat pokok” Rusa meninggalkan Apple itu begitu sahaja. Walaupun belum rasa tapi Rusa tahu yang Apple itu memang tidak sedap.
Selang beberapa hari kemudian, seperti biasa ketika Rubah hendak memanjat bukit yang terdapat didalamnya pokok Apple, Rusa telah bertanya khabar kepada Rubah,
“hai Sang Rubah, apa yang engkau nak lakukan?” Rusa bertanya walaupun dia sudah tahu akan jawapannya.
“Aku nak memanjat bukit ini untuk memakan buah Apple yang terdapat di puncak bukit ini, sedap Apple tu” Balas Rubah.
“Owh pokok Apple yang di atas bukit itu ke? Tapi perjalanan nak ke sana bukan mudah, kena melalui arus sungai, melalui tebing yang curam dan banyak lagi cabaran yang bakal dilalui, sedap sangat ke Apple di atas bukit itu, ada beza ke dengan Apple yang di bawah ini?”Tanya Rusa.
“Walaupun perjalanan untuk mendapatkan Apple itu jauh dan panjang, tetapi engkau akan rasa kemanisan Apple itu jika engkau memakannya” balas Rubah
“Taknaklah, kalau dah namanya Apple tu, sama sahaja dengan Apple di sini pun, Rusa pun berlalu meninggalkan Rubah”
Rubah meneruskan perjalanan untuk memetik buah Apple.
“Engkau tidak akan faham Rusa kerana engkau belum pernah merasa lagi betapa manisnya Apple itu”
Kerana manisnya Apple, Rubah sanggup mengharungi perjalanan yang panjang semata-mata untuk memakan Apple. Kesabaran dan kecekalan amat perlu untuk hanya memakan sebuah Apple yang terdapat di atas bukit yang tinggi.
Rusa pula tidak pernah merasa Apple yang terdapat di atas bukit, masakan pula dia boleh mengatakan yang Apple itu tidak sedap sedangkan dia tidak pernah menikmatinya, bahkan pula menjamahnya.
Begitu juga dakwah, jika tidak kerana manisnya, masakan ada yang sanggup berkorban kerananya, malahan mati kerananya. Berhabis duit, memerah segala yang ada hanya untuk memastikan tertegaknya Islam, untuk berdakwah, ya, kerana manisnya dakwah.
Lihat para sahabat, kalau tidak mahu lihatlah sekeliling, lihat kepada mereka yang berdakwah.
Jangan jadi seperti Rusa, belum rasa dikatanya tidak manis.
RUBAH DAN RUSA


Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar di dalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir, "Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini."
Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.
"Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!" Tiba-tiba Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.
Kemudian Sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil, "Eh sang kancil, tengah buat apa?" Tanya si Gajah.
"Menyelamatkan diri!" Jawab Sang Kancil.
"Dari apa?" Tanya gajah lagi.
"Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam." Balas sang kancil.
Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat. "Habis tu macam mana nak selamatkan diri?" Tanya si gajah.
"Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini."
Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.
"Haha, padan muka engkau, selamat aku." Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi

SANG KANCIL DAN SANG GAJAH
|
SANG KANCIL DAN SANG HARIMAU
SANG MERAK DAN SANG GAGAK
Alkisah satu masa dahulu di dalam sebuah rimba yang permai terdapat dua ekor burung yang bersahabat baik iaitu Sang Gagak dan Sang Merak. Pada masa itu Sang Gagak dan Sang Merak tidak mempunyai warna pada bulu mereka apatah lagi corak yang menarik
Disebutkan dalam kisah mereka, pada suatu hari sedang mereka bersiar-siar di rimba itu, mereka terjumpa dengan beberapa tong cat yang bermacam-macam warna. Lantas timbullah idea dalam diri Sang Gagak untuk menggunakan cat tersebut untuk mewarnakan dirinya yang tidak berwarna berserta sahabat baiknya.
Hal tersebut dipersetujui oleh Sang Merak yang juga mahukan warna pada badannya. Dia mengemukakan cadangan untuk Sang Gagak melukis di badannya dulu sebelum dia pula mewarnakan badan Sang Gagak.
Sang Gagak yang dikenali sebagai seekor binatang yang kreatif dan berbakat mula melukis corak dan mewarnakan badan sang Merak. Hasilnya Sang Merak kelihatan cantik dengan warna barunya. Sesudah itu tibalah giliran Sang Merak untuk mewarnakan badan Sang Gagak.
Tetapi Sang Merak pula dikenali sebagai binatang yang tidak mempunyai bakat dan amat pemalas. Tanpa mahu memikir panjang, Sang Merak terus mengambil cat hitam dan dicampakkannya ke arah badan Sang Gagak. Hasilnya tubuh Sang Gagak berwarna hitam legam keseluruhannya.
Sang Merak yang kaget dengan kejadian itu terus melarikan diri. Setelah beberapa ketika Sang Gagak sudah tidak sabar untuk melihat dirinya yang baru. Dia berjalan cepat-cepat ke arah sungai berdekatan dan melihat dirinya pada riak air sungai tersebut.
Alangkah terkejutnya sang Gagak apabila melihat dirinya yang berwarna hitam keseluruhannya dari atas hingga ke bawah. Dengan rasa marah yang teramat sangat Sang Gagak terus mencari Sang Merak yang sudah lari jauh ke dalam rimba itu.
Begitulah ceritanya kenapa gagak membuat bunyi, "akk, akk" singkatan kepada "merak, merak". Ada yang mengatakan Sang Gagak terus mencari Sang Merak hingga ke hari ini. Dan Sang Merak terus menyembunyikan diri dari Sang Gagak walaupun dia selalu bermegah-megah dengan kecantikannya


Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu.
Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.
Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya Sang Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amat kelaparan sekali.
"Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang Monyet dengan sedih.
"Bolehkah kiranya kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan", pinta Sang Monyet tadi.
Sang Kancil dan Sang Kura-kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang Monyet seperti itu.
"Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil.
"Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura", seloroh Sang Monyet gembira.
Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang merah menyala.
"Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet.
"Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah Sang Kura-kura.
"Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain", sokong Sang Kancil.
"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas.
Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus memakannya dengan gelojoh.
Tiba-tiba Sang Monyet menjerit,
"Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!",
Dengan muka yang merah kerana menahan Sang Monyet berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil dan Sang Kura-kura menggeleng-gelengkan kepala mereka
SANG MONYET YANG MENIPU
